Pages

Apple sembunyikan info kapasiti bateri iPhone 11?



Setiap kali Apple melancarkan iPhone terbaru mereka, mereka tidak pernah mendedahkan sebarang maklumat tentang kapasiti bateri dan berapa saiz RAM.

Okay. Menurut maklumat yang diperoleh dari majlis pelancaran iPhone 11 semalam, jangka hayat bateri penuh iPhone 11 mampu bertahan lebih 1 jam berbanding iPhone XR.




Manakala iPhone 11 Pro lebih 4 jam berbanding iPhone XS. Untuk iPhone 11 Pro Max lebih 5 jam berbanding iPhone XS Max.

Mari kita lihat semula kapasiti bateri bagi iPhone XR, XS dan XS Max.


  • iPhone XR (2942 mAh)
  • iPhone XS (2658 mAh)
  • iPhone XS Max (3174 mAh)

Apa yang kita boleh andaikan ialah saiz kapasiti bateri bagi iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max adalah lebih sedikit berbanding barisan model lama ini.



Tidak dilupakan juga iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max dilengkapi dengan cip pemprosesan yang baru iaitu A13. Ia mungkin akan mempengaruh sedikit hayat penggunaan bateri kerana dikatakan lebih 20% berkuasa berbanding cip A12 yang digunakan pada barisan model tahun lepas.

Arez Tech

Just ordinary guy who loves gadget

No comments:

Post a Comment