Pages

Redmi 8 Kini Tiba Di Malaysia dengan harga RM499 dan bateri 5000mAh




Setelah melancarkan Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro, kini Xiaomi telah membawa model bajet terbaru Redmi iaitu Redmi 8. Salah satu spesifikasi yang menarik perhatian kali ini adalah Redmi 8 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000 mAh. Satu peningkatan besar pada kapasiti bateri kerana bateri model Redmi 7 sebelum ini hanya 4000 mAh.





Antara spesifikasi lain yang turut menarik perhatian adalah Redmi 8 didatangkan dengan port Type C dan 18W Fast Charging. Ini satu peningkatan besar bagi telefon bagi entry-level . Ini membuatkan Redmi 8 sangat berbaloi untuk dimiliki kerana dengan hanya RM499 anda boleh dapatkan telefon pintar dengan fungsi asas yang hampir sama dengan mid-range dan flagship.

Ianya dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 439, RAM 4GB, 64GB internal storage dan mempunyai slot kad microSD. Sedikit rasa kecewa kerana model Redmi 7 menggunakan cip pemprosesan yang lebih berkuasa iaitu Snapdragon 632.



Bagi spesifikasi kamera pula,  kamera utama 12MP f/1.8  dan kamera kedua pula 2MP untuk depth effects. Untuk kamera hadapan pula 8MP f/2.0.




Arez Tech

Just ordinary guy who loves gadget

No comments:

Post a Comment