POCO iaitu sub-brand kepada Xiaomi baru sahaja melancarkan model phone terbaru pada 28 Februari 2022 di sebuah event global iaitu The All Around ACE. Pada kali ini POCO memperkenalkan 2 model baharu iaitu POCO X4 Pro dan POCO M4 Pro. Jom kita tengok 2 model terbaru ini.
1) POCO X4 Pro 5G
POCO X4 Pro adalah penyambung legasi bagi model POCO X3 Pro yang keluar pada Mac 2021. Dalam event tersebut pihak POCO menyatakan bahawa model POCO X3 Pro telah terjual sebanyak 8,350,00 unit di seluruh dunia. Adakah X4 Pro mampu mengatasi rekod tersebut?
Apa yang paling menarik pada POCO X4 Pro ini adalah ia merupakan model POCO yang pertama dilengkapi dengan kamera 108MP sebagai kamera utama. Manakala skrin pula menggunakan jenis AMOLED dengan saiz 6.67 inci pada kadar refresh rate 120Hz.
Bagi cip pemprosesan pula ia dilengkapi dengan cip set pertengahan iaitu Snapdragon 695 (6nm).
Berikut adalah beberapa spesifikasi lain tentang POCO X4 Pro:
Bateri: 5000 mAh
Kelajuan cas: 67W Turbo Charging
Speaker: Dual speaker
UI: MIUI 13
Warna: Laser Black, POCO Yellow dan Laser Blue
Harga:
Untuk lebih banyak info mengenai spesifikasi & harga, boleh rujuk link dibawah:
2) POCO M4 Pro
Buat kali pertama dalam POCO siri M, POCO M4 Pro pada kali ini menggunakan skin jenis AMOLED. Ini menunjukkan POCO berusaha untuk menaikkan kualiti skrin pada phone entry level dan midrange level demi memberi kepuasan kepada pengguna. Untuk kadar refresh rate pula ia boleh mencecah 90Hz.
Kapasiti bateri diberi adalah 5000mAh dan dikatakan POCO M4 Pro mampu bertahan selama 2 hari.
Selain itu ia dilengkapi dengan 33W Fast Charging dan mampu dicas penuh dalam masa 61 minit sahaja.
Bagi kamera utama pula, buat kali pertama dilengkapi kamera 64MP untuk siri POCO M
Bagi cip pemprosesan pula ia menggunakan teknologi cip set MediaTek Helio G96. Boleh dikatakan cip set ini agak berkuasa untuk aktiviti gaming dengan kepantasan Octa-core CPUnya. Jadi geng gamer yang ingin mencari phone gaming dengan bajet rendah boleh dapatkan POCO M4 Pro.
Berikut adalah beberapa spesifikasi lain tentang POCO M4 Pro:
Bateri: 5000 mAh
Kelajuan cas: 33W Turbo Charging
Speaker: Dual speaker
UI: MIUI 13
Warna: Power Black, POCO Yellow dan Cool Blue
Port Jack 3.5mm: Yes
Harga:
Normal price: RM899 (6GB + 128GB) [Early bird sale: RM799]
Normal price: RM1099 (8GB + 256GB) [Early bird sale: RM949]
Jangan lupa follow & like Facebook Watpetu.com untuk lebih info menarik!
No comments:
Post a Comment