Memandangkan sekarang iPhone 11 dah keluar, mesti anda akan lihat ramai yang nak jual iPhone lama mereka seperti iPhone 7, 8, X, XS, XR dan lain-lain. Katanya mahu upgrade ke iPhone yang latest gitu.
Namun begitu, anda perlu berhati-hati sekiranya mahu beli iPhone dari mereka. Ada kemungkinan besar iPhone yang mereka jual itu adalah iPhone Telco.
"Apa tu iPhone Telco? "
Ha.. iPhone Telco ni adalah iPhone yang dibeli melalui pakej yang ditawarkan oleh pihak Telco seperti Celcom, Maxis, Digi, Umobile dan lain-lain. Kebiasaanya iPhone Telco ditawarkan dengan harga yang murah atau percuma jika ambil pakej langganan data postpaid secara kontrak.
"Aik? Kenapa pulak tak boleh beli iPhone telco? "
Bukan tak boleh beli, cuma kena berhati-hati kerana iPhone secondhand yang dijual tu berisiko owner sebelumnya telah langgar kontrak. Antara perkara yang melanggar kontrak adalah seperti berikut.
- Tukar no kepada Telco lain
- Tidak bayar bil
Apabila owner asal yang masih terikat kontrak tu jual iPhone tersebut sebelum kontrak habis (biasanya kontrak 2 tahun). Bila langgar kontrak, pihak Telco seperti Celcom, Maxis, Digi , Umobile dan lain-lain akan sekat iPhone tu.
Walaupun anda masukkan simkad lain kedalam phone tu, bila guna iPhone akan tetap memaparkan No Service. Sia-sia la beli kalau tak boleh guna. Kebiasaanya pihak Telco mengambil masa 3 bulan sebelum mereka mula sekat iPhone yang telah langgar kontrak.
"Jadi apa yang perlu saya buat sebelum beli iPhone secondhand?"
Berikut adalah perkara yang anda perlu semak sebelum beli
1) Pastikan iPhone tu bukan set Telco. Klik sini untuk semak
Pada "Product Sold By" tu ada tulis nama Telco. Kalau Celcom, nama Celcom akan terpapar. Kalau Maxis, nama Brightstar akan terpapar.
Selain daripada itu adalah set bukan Telco.
Oh ya, kalau nak pakai website ni kena bayar ye untuk dapatkan detail iPhone yang lebih banyak.
2) Kalau set Telco, pastikan owner sudah melunaskan segala bayaran dan kontrak telah habis.
Boleh je beli set Telco tapi anda kena minta owner asal menunjukkan surat bukti kontrak telah habis atau dah buat pembayaran penuh. Kalau tiada jangan teruskan, seller cakap guna air liur saja takde guna. Nanti melayang duit korang.
Kesimpulannya, jangan eksited sangat nak beli iPhone secondhand murah. Pastikan anda semak dulu seperti apa yang diterangkan diatas. Kalau dah ok baru beli ya!
Assalam kalau product sold by tuh dia keluar ****** macamni , maksud
ReplyDeletedia apa boss
kalau fon ansuran sama tak macam set telco
ReplyDeleteTak sama boss. Klau owner lama tak bayar dia yg ctos. Kita elok je pkai phone tu. telco ni lain. Dia boleh lpck dri dlm phone.
Deletesalam,kalau takde tulis product sold by macam mana pula ye..?
ReplyDelete