Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition adalah smartphone flagship premium yang terbaru dari pengeluar telefon China, Xiaomi. Walaupun baru sahaja dilancarkan pada hari ini, DxOMark telah pun mengumumkan keputusan review mengenai peranti baru ini. Boleh dikatakan pihak mereka menerima peranti ini lebih awal.
Sebelum ini banyak ura-ura mengatakan peranti terbaru Xiaomi akan dilengkapi dengan kamera 108MP dan model terbaru ini akan kenali sebagai Xiaomi Mi Note 10. Pada hari ini ternyata ura-ura tersebut benar.
Xiaomi Mi CC9 Pro hadir dengan skrin AMOLED 6.47 inci dengan resolusi FHD+, dan bateri sebesar 5260mAh. Apa yang menjadi perhatian pada peranti ini adalah ianya dilengkapi 5 kamera dan termasuk sensor 108MP Quad-Bayer, 12MP short telephoto + 8MP long telephoto, 20MP Ultra-wide dan lensa f/2.4.
Peranti ini telah mendapat markah sebanyak 121 daripada DxOMark dimana merupakan markah tertinggi lantas berkongsi takhta dengan Huawei Mate 30 Pro yang juga mendapat markah yang sama.
Sekiranya anda gemar memakai earphone atau headphone, ini berita baik untuk anda. Xiaomi telah mengekalkan 3.5mm port jack dan juga dengan sokongan Hi-Res Audio. NFC juga turut disertakan dan menyokong pengecasan pantas 30W melalui USB-C.
Harga bagi pasaran China peranti ini adalah CNY 2799 (RM1654) bagi variasi 6GB RAM + 128GB Storage. Manakala bagi variasi 8GB + 256GB Storage adalah CNY 3499 (RM 2068)
Dikhabarkan kini terdapat satu peranti Xiaomi yang baru sahaja mendapat kelulusan daripada pihak SIRIM. Adakah ini petanda Mi CC9 Pro a.k.a Mi Note 10 telah pun sampai dan akan mula dijual di Malaysia dalam masa terdekat?
Mari sama-sama kita nantikan.
Coin Casino | Get the latest $50 Welcome Bonus
ReplyDeleteThe first 인카지노 coin casino site you'll find is a new casino site that you 샌즈카지노 can use to test your skills. In 제왕카지노 this section, you will find all the relevant laws
Apple Watch Series 6 Titanium | TitaniumArt
ReplyDeleteWe're all very titanium apple watch excited to release this titanium rainbow quartz product, the titanium muzzle brake iPhone 5 Series, from the stylish backlit titanium for sale unit of titanium bikes the iP5 which features a